Monday 26 November 2012

Maafkan Aku

Maafkan aku,
Kerana menzalimi dirimu..

Aku zalim terhadapmu,
Sedang aku tahu hatimu milik lelaki lain,
Aku masih tidak henti-henti mengungkap kata sayang dan cinta terhadapmu,
Maafkan aku..

Aku sepatutnya mengerti yang aku tiada dalam hatimu,
Tapi hati kecilku degil untuk tidak berhenti mengungkap kata sayang dan cinta itu,
Aku amat zalim terhadap perasaanmu,
Maafkan aku..

Aku tak mengerti,
Mengapa aku terus lakukan semua  ini terhadap dirimu,
Sedangkan hati terlalu menyayangimu,
Aku sepatutnya menghormati pendirianmu,
Tapi tidak aku lakukan,
Maafkan aku..

Sekali lagi maafkan aku,
Kerana tidak habis-habis dengan kedegilan diriku,
Sering membuat sesuatu yang mungkin buat kamu tidak selesa,
Niatku tiada lain,
Kedegilan diriku ingin menunjukkan betapa aku sayang kepadamu..

Sering juga aku mencuba,
Cuba untuk berhenti mengirim pesanan kepadamu,
Tapi tubuhku seperti ada yang mengawal,
Aku tidak mampu berhenti,
Walau hati terasa pilu bila memikirkan hubungan ini akhirnya,
Aku ketepikan itu semua,
Kerna perasaan sayang padamu membatasi kesedihan hatiku,
Maafkan aku..

Maafkan aku,
Mungkin hanya maut dapat membuat aku berhenti melakukan semua ini,
Atau bila mana perasaan cinta ini ditarik yang Maha Kuasa,
Aku takut bila harinya tiba,
Hari di saat aku tak mampu berkata-kata,
Hanya iringan doa yang tidak akan berhenti dariku,
Di hari bahagiamu tiba..

Bila memikirkannya sebelum lena malamku,
Aku takut utk mencari mimpi,
Aku takut jika tersadar dari tidurku,
Aku hilang segala kebahgiaan yang ku rasakan ini,
Tuhan, tolong jauhkannya,
Aku tak mampu..




Tuesday 20 November 2012

Kekeliruan Hati

Hati ku keliru...
Perlu kah ku menunggu sesuatu yang tak pasti,
Atau pergi melarikan diri,
Atau lari mencari pengganti.. hukhuk..

Haishhhh..
Setahu diriku, bukan pertama kali aku ditolak dlm memberi salam percintaan..
Setahu diriku, bukannya sukar utk melupakan seseorang yang tak pernah memberi peluang utk menyambut cintaku..
Tetapi kenapa tidak kali ini.. Sedang diri tau kamu sudah berpunya, tapi hatiku begitu sukar melepaskan perasaan cinta yang dipinjamkan ini..

Cuba mencari jawapan dengan mengadap Sang Pencipta Sekelian Alam..
Di setiap mlm ku, aku berightiharah pada-Nya,
Sering juga aku berdoa di akhir2 kewajipanku terhadap-Nya agar dipermudahkan utk buang perasaan ini jika dia bukan milik ku akhirnya nanti..
Tapi kenapa, tuhanku, makin aku cuba, makin menebal perasaan sayang dan cinta ini..
Mengapa??

Setelah aku cuba dan mencuba, aku gagal utk berhenti dari sayang dan cinta kan dirimu..
Aku gagal utk tidak risaukan bila mana kamu sakit, terluka, ataupun apa sahaja yang mengganggu dirimu..

Kau terlalu istimewa bagi diriku..
Kau lain dri semua kenalan wanita yang pernah aku kenali dulu..
Kau berbeza dgn mereka semua..
Kau perubah aku dalam aku mencari hala tuju dlm kehidupanku..

Apa yang aku rasakan sekarang ialah satu kebahgiaan dikala kamu bergembira, aku juga bergembira, di kala kamu sakit, aku akan risau, di kala kamu terluka, aku akan cuba menjadi pengubatnya, dan dikala kamu marah, aku cuba menjadi pemujuknya...

Mungkin aku ni si bodoh yang menagih cinta Siti Khadijah sedangkan dia sudah mempunyai Rasullulah..
Mungkin aku ni hanya si bodoh yang cuba bersaing dgn Romeo utk mendapatkan cinta sejati Juliet..

Setelah aku mengelamun seorang diri melayan perasaan yang keliru ini,
Aku mengambil keputusan utk memberi yang terbaik utkmu walau ku tau cinta di hatimu bukan utk aku..

Maafkan aku sbb degil..
Maafkan aku sbb tidak boleh berhenti dari terus mencintai kamu..
Maafkan aku sbb tidak boleh utk lari dari mu..

Aku akan selalu cuba ada di sisimu..
Walaupun utk tidak dicintai oleh dirimu, membuat kamu bahagia sudah cukup utk aku terus senyum menempuh kehidupan ini..

Terima kasih aku ucapkan sbb hadir dlm hidup ini..
Terima kasih aku ucapkan utk kebahgiaan yang engkau beri..
Terima kasih aku ucapkan utk segala-galanya sepanjang perkenalan kita ini..

Warkah dri yang tulus mencintaimu..