Tuesday 11 December 2012

Kisah Kucingku : Putih

SI PUTIH

Hidupku tak lari dari seekor makhluk bernama kucing...
Sejak kehadiran si putih ke rumahku,
Hari-hariku sentiasa ditemani makhluk kecil ini..
Dari seekor sehinggalah berpuluh ekor, dan sekarang tinggal berbelas..

Dulu kecik jer mase datang umah.. hukhuk...


Dari aku peringkat menengah sehinggalah ke universiti,
Aku x pernah lari dari menyayangi mahkluk kecil itu..
Malahan dari aku kanak-kanak lagi,
Aku menyanyangi makhluk ini cuma tiada kesempatan atau ruang utk membela..

Semuanya bermula dari si putih yang mulanya malu-malu,
Akhirnya jadi penghuni tetap dirumah ku...
Melahirkan anak-anaknya,
Yang comel-comel belaka semuanya..



Di rumah, apabila pulang dari bercuti,
Aku pasti akan disambut oleh putih,
Sehinggakan emak berkata,
"Putih, tu laki kau da balik",
Aku hanya tergelak kecil mendengar gurauan si emak..

Apabila di rumah,
Kemana sahaja aku pergi,
Pasti putih akan mengiringi,
Ke dapur, ke bilik, tapi tidak ke bilik air sebab putih takutkan air.. :)
Bila kesepian, aku seperti seorang yang tidak normal,
Sering bercakap dengan putih, dgn membahasakan diri sebagai "abg"
Seperti mengerti, putih tak pernah pergi bila aku berbicara dengannya,
Kalau lah dia boleh bercakap, pasti dia akan suruh aku diam.. haha..



Tapi itu semua hanya tinggal kenangan,
Putih meninggalkan ku semasa aku sedang belajar di utara tanah air,
Maghrib itu aku terima panggilan dari emak,
Dengan suara teresak-esak,
Mak berkata "Putih da tiada",
Aku seperti hilang kata-kata,
Tanpa ku sedari, air mata  melimpahi..

Malam itu aku seperti hilang semangat,
Apa yang aku lakukan hanya melihat foto-foto putih di telefon ku,
Sepanjang malam aku bersedih,
Aku hanya mampu mendoakan supaya engkau aman di sana,
Satu hari nanti abg akan mengiringi kamu.



Terima kasih kerana hadir dalam keluarga abg,
Terima kasih kerana menjadi pendengar setia abg,
Terima kasih untuk segalanya,
Untuk kenangan yang diberi,
Abg rindukan kamu 'putih'..






2 comments: